Pages

Tuesday, June 9, 2020

TIPS PENGURUSAN TEKANAN SEMASA #PKP

Alhamdulillah... 2 Syawal yang lepas Cikgu Lenny telah diundang untuk LIVE bersama Terengganu FM berbicara tentang Tips Pengurusan Tekanan Semasa PKP. 

Sebenarnya program ini merupakan kerjasama di antara PERKAMA dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) dalam Projek Solidariti Kaunselor Malaysia sepanjang tempoh #PKP. Bukan sahaja Guru Bimbingan Kaunseling dari negeri Terengganu sahaja yang mengisi slot "Bicara Kaunselor" ini... Malah MGKK dari seluruh Malaysia telah sama-sama memberikan sepenuh sokongan mereka terhadap projek ini.

Sewaktu sesi LIVE tersebut, Cikgu Lenny telah kongsikan Tips Pengurusan Tekanan Semasa PKP melalui Kaedah 10B. 

Kepada anak-anak murid atau sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk bersama pada ketika itu, bolehlah streaming LIVE video tersebut di link yang Cikgu Lenny share kan ni ya.



Untuk memudahkan anak-anak murid dan sahabat semua, Cikgu Lenny juga ada menyediakan e-Book berkaitan Tips tersebut. Bolehlah nanti muat turun dari sini dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain pula ya... Semoga perkongsian Cikgu Lenny hari ini bermanfaat buat semua...


Tuesday, May 12, 2020

PERCUBAAN PERTAMA YANG TIDAK MENGHAMPAKAN...

BENGKEL DESIGN POSTER MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA 
ANJURAN MGKK TERENGGANU

Kita sekarang berada dalam norma kehidupan yang baru, setiap orang perlu keluar dari zon yang selesa. Kalau sebelum ini kita bertemu secara berhadapan 'face to face', namun begitu disebabkan oleh musibah yang melanda dunia dengan wabak Covid-19 ini - kita terpaksa berkurung di dalam rumah sendiri. Kehidupan perlu diteruskan, ilmu perlu dikongsikan. 

Alhamdulillah, percubaan Cikgu Lenny mencabar diri sendiri untuk mengendalikan bengkel secara webinar telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mei yang lalu (Ahad). 

Bukan sahaja guru pdp boleh mengajar secara online, malah kita juga sebagai GBK mampu untuk mengendalikan sesi kaunseling atau kelas-kelas kemahiran belajar secara alam maya bersama anak-anak murid kita bagi memastikan penerokaan ilmu itu akan terus berlangsung walaupun dalam suasana pembelajaran yang berbeza.







Hidup perlu berubah... Pentingnya melakukan persediaan sebegini bagi memastikan diri sendiri mampu bersaing sebagaimana orang lain untuk menyesuaikan diri dalam suasana kehidupan kita yang baharu ini. 





7 PETUA PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF


Saturday, May 9, 2020

KENALI GAYA BELAJAR

Salam semua...

Alhamdulillah, pagi ni cikgu lenny dapat siapkan sebuah e-book bertajuk 
KENALI GAYA BELAJAR. 

Jom kita baca sama-sama ya...












Wednesday, May 6, 2020

UJI GAYA BELAJAR KAMU SECARA PERCUMA


https://gg.gg/gayabelajarSPAKA

UJI GAYA BELAJAR KAMU



Morning anak-anak pelajar semua... Dah bangun ke tu.. 

Jom lihat video yang Cikgu Lenny dah hasilkan ini. 

Nak kenal gaya belajar masing-masing tak?

Boleh isi borang ni dulu ya...

Link permohonan Ujian Gaya Belajar

Nanti cikgu lenny akan hubungi anda semula untuk menduduki ujian tersebut.

Jumpa lagi.. anak-anak pelajar & sahabat semua 💃💃💃💃