Pages

Tuesday, June 9, 2020

TIPS PENGURUSAN TEKANAN SEMASA #PKP

Alhamdulillah... 2 Syawal yang lepas Cikgu Lenny telah diundang untuk LIVE bersama Terengganu FM berbicara tentang Tips Pengurusan Tekanan Semasa PKP. 

Sebenarnya program ini merupakan kerjasama di antara PERKAMA dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) dalam Projek Solidariti Kaunselor Malaysia sepanjang tempoh #PKP. Bukan sahaja Guru Bimbingan Kaunseling dari negeri Terengganu sahaja yang mengisi slot "Bicara Kaunselor" ini... Malah MGKK dari seluruh Malaysia telah sama-sama memberikan sepenuh sokongan mereka terhadap projek ini.

Sewaktu sesi LIVE tersebut, Cikgu Lenny telah kongsikan Tips Pengurusan Tekanan Semasa PKP melalui Kaedah 10B. 

Kepada anak-anak murid atau sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk bersama pada ketika itu, bolehlah streaming LIVE video tersebut di link yang Cikgu Lenny share kan ni ya.



Untuk memudahkan anak-anak murid dan sahabat semua, Cikgu Lenny juga ada menyediakan e-Book berkaitan Tips tersebut. Bolehlah nanti muat turun dari sini dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain pula ya... Semoga perkongsian Cikgu Lenny hari ini bermanfaat buat semua...


No comments:

Post a Comment