Pages

Tuesday, May 12, 2020

PERCUBAAN PERTAMA YANG TIDAK MENGHAMPAKAN...

BENGKEL DESIGN POSTER MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA 
ANJURAN MGKK TERENGGANU

Kita sekarang berada dalam norma kehidupan yang baru, setiap orang perlu keluar dari zon yang selesa. Kalau sebelum ini kita bertemu secara berhadapan 'face to face', namun begitu disebabkan oleh musibah yang melanda dunia dengan wabak Covid-19 ini - kita terpaksa berkurung di dalam rumah sendiri. Kehidupan perlu diteruskan, ilmu perlu dikongsikan. 

Alhamdulillah, percubaan Cikgu Lenny mencabar diri sendiri untuk mengendalikan bengkel secara webinar telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mei yang lalu (Ahad). 

Bukan sahaja guru pdp boleh mengajar secara online, malah kita juga sebagai GBK mampu untuk mengendalikan sesi kaunseling atau kelas-kelas kemahiran belajar secara alam maya bersama anak-anak murid kita bagi memastikan penerokaan ilmu itu akan terus berlangsung walaupun dalam suasana pembelajaran yang berbeza.







Hidup perlu berubah... Pentingnya melakukan persediaan sebegini bagi memastikan diri sendiri mampu bersaing sebagaimana orang lain untuk menyesuaikan diri dalam suasana kehidupan kita yang baharu ini. 





7 PETUA PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF


Saturday, May 9, 2020

KENALI GAYA BELAJAR

Salam semua...

Alhamdulillah, pagi ni cikgu lenny dapat siapkan sebuah e-book bertajuk 
KENALI GAYA BELAJAR. 

Jom kita baca sama-sama ya...












Wednesday, May 6, 2020

UJI GAYA BELAJAR KAMU SECARA PERCUMA


https://gg.gg/gayabelajarSPAKA

UJI GAYA BELAJAR KAMU



Morning anak-anak pelajar semua... Dah bangun ke tu.. 

Jom lihat video yang Cikgu Lenny dah hasilkan ini. 

Nak kenal gaya belajar masing-masing tak?

Boleh isi borang ni dulu ya...

Link permohonan Ujian Gaya Belajar

Nanti cikgu lenny akan hubungi anda semula untuk menduduki ujian tersebut.

Jumpa lagi.. anak-anak pelajar & sahabat semua 💃💃💃💃

JOM HENTIKAN WABAK CORONA VIRUS

Salam anak-anak SPAKA semua, hari ini dah masuk 13 Ramadhan. 
Unit kaunseling in shaa allah akan membuat beberapa perkongsian sepanjang #PKPB yang baru bermula 4 Mei yang lepas sebagai bahan motivasi atau informasi yang bermanfaat buat semua. 
Untuk perkongsian seterusnya, hari ini kami nak kongsikan semula informasi bagaimana kita nak hentikan penularan Covid-19. 


.
Walaupun PKP dah masuk fasa ke-4, in shaa allah kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga lagi... So 4 perkara ni.. penting untuk kita hadam betul-betul ya.. 😘
Semoga pengorbanan kita semua berada di rumah mampu menewaskan virus Covid-19 😍😍😍
.
#StayAtHome 💖
#StaySafe 💖
#KitaJagaKita 💖
#UBKSPAKA 💖
#6Mei2020 💖

Monday, May 4, 2020

Hai semua... hari ni cikgu Lenny nak kongsikan tips bagaimana pelajar-pelajar yang berada di tingkatan enam nak kekalkan keputusan STPM yang baik atau cemerlang pada setiap SEM.

Tips ini cikgu Lenny dapat dari perkongsian Cikgu Fazlie Ahmad di youtube, beliau merupakan GBK di Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra (KiSTRAP), Sabak Bernam. Terima kasih ya Cikgu Fazlie atas perkongsian yang sangat bermanfaat tu.

Melalui perkongsian Cikgu Fazlie tersebut, kamu semua akan dapat beberapa maklumat dan juga panduan berkaitan perkara-perkara seperti di bawah ni:

1. Apa yang kamu faham tentang keputusan setiap SEM?

2. Apa pula kepentingannya kita mengetahui markah wajaran setiap subjek yang kita ambil tu.

3. dan yang paling penting ialah macam mana nak kira result kita dan buat target,

4. kemudian... result mana pula yang nak kena repair... lepas kita buat pengiraan berdasarkan wajaran setiap subjek tersebut...

Mesti masih ada yang masih confuse kan 🤔🤔🤔

Ok, jom kita tonton video penerangan yang telah dihasilkan oleh beliau tu:

 💥   Video part 1

 💥  Video part 2

Pelajar-pelajar juga boleh dapatkan Borang STAKS yang dah diubahsuai untuk anak-murid di sekolah cikgu Lenny ni ya :

Borang STAKSPAKA

🌹Semoga bermanfaat. Selamat mengulangkaji di rumah...

Disediakan oleh,
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK PAKA

#staysafe 💓
#stayathome 💓
Salam 11 Ramadhan,

Semalam Cikgu Lenny berkesempatan mengikuti satu sesi pembelajaran "BELAJAR GRAFIK DESIGN" secara online bersama Cikgu Hartini - Guru Penyelaras Bestari dari SK Bukit Kemuning 2. Sesi online ni menggunakan Google Meet sahaja.

Sambil-sambil duduk di rumah ni, alhamdulillah bolehlah menambah kreativiti dalam diri sendiri. Kita buat cara kita... isi masa dengan aktiviti berfaedah, lagipun Cikgu Lenny memang minat buat benda-benda macam ni sebenarnya cuma masa lah agak terhad kalau waktu bekerja tu...

Mudah sahaja nak mendesign poster sebenarnya dengan menggunakan aplikasi CANVA, apps ni boleh di install dalam hp atau laptop.

Banyak sebenarnya template menarik sedia ada yang boleh kita ubahsuai untuk menjadikan poster kita nampak menarik seolah-olah pakar yang buat ...


Ini peserta yang join bengkel semalam.. ramai juga cikgu-cikgu yang join, boleh lah dapat mata kursus untuk PLC nanti.


Haa...ni dia hasil keras tangan Cikgu Lenny... macam pro tak? 
Ada tak orang nak belajar buat poster gini... 


Poster ni pula Cikgu Lenny buat ad-hoc je lepas subuh tadi..., untuk di sebar luas program LIVE YDP MGKK Negeri Terengganu bersama Terengganu FM sekejap lagi... Nanti sama-sama lah kita dengarkan perkongsian beliau ya...


Haa... poster terakhir ni kira Cikgu Lenny dah pandai sikit lar nak editkan hi hi... 
Macam pepatah omputih tu... "Practice... make perfect..."...

Ok gais... duduk rumah tu..jangan duduk saja ye..boleh lah buat latihan matematik ke, latihan sejarah ke..yang penting penuhkan masa dengan aktiviti yang bermanfaat tau... elak kan...asyik tidur je kat rumah tu..mentang-mentanglah bulan puasa kan..hi hi... 

Simpan di sini ya kenangan belajar apps CANVA semalam tu...

Jumpa lagi... 💖💖💖


#StayAtHome 💌
#KitaJagaKita 💌
#dREAMitBelieveit 💌
#pkp47h 💌