Pages

Tuesday, May 12, 2020

PERCUBAAN PERTAMA YANG TIDAK MENGHAMPAKAN...

BENGKEL DESIGN POSTER MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA 
ANJURAN MGKK TERENGGANU

Kita sekarang berada dalam norma kehidupan yang baru, setiap orang perlu keluar dari zon yang selesa. Kalau sebelum ini kita bertemu secara berhadapan 'face to face', namun begitu disebabkan oleh musibah yang melanda dunia dengan wabak Covid-19 ini - kita terpaksa berkurung di dalam rumah sendiri. Kehidupan perlu diteruskan, ilmu perlu dikongsikan. 

Alhamdulillah, percubaan Cikgu Lenny mencabar diri sendiri untuk mengendalikan bengkel secara webinar telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mei yang lalu (Ahad). 

Bukan sahaja guru pdp boleh mengajar secara online, malah kita juga sebagai GBK mampu untuk mengendalikan sesi kaunseling atau kelas-kelas kemahiran belajar secara alam maya bersama anak-anak murid kita bagi memastikan penerokaan ilmu itu akan terus berlangsung walaupun dalam suasana pembelajaran yang berbeza.







Hidup perlu berubah... Pentingnya melakukan persediaan sebegini bagi memastikan diri sendiri mampu bersaing sebagaimana orang lain untuk menyesuaikan diri dalam suasana kehidupan kita yang baharu ini. 





No comments:

Post a Comment