Pages

Monday, May 4, 2020

Salam 11 Ramadhan,

Semalam Cikgu Lenny berkesempatan mengikuti satu sesi pembelajaran "BELAJAR GRAFIK DESIGN" secara online bersama Cikgu Hartini - Guru Penyelaras Bestari dari SK Bukit Kemuning 2. Sesi online ni menggunakan Google Meet sahaja.

Sambil-sambil duduk di rumah ni, alhamdulillah bolehlah menambah kreativiti dalam diri sendiri. Kita buat cara kita... isi masa dengan aktiviti berfaedah, lagipun Cikgu Lenny memang minat buat benda-benda macam ni sebenarnya cuma masa lah agak terhad kalau waktu bekerja tu...

Mudah sahaja nak mendesign poster sebenarnya dengan menggunakan aplikasi CANVA, apps ni boleh di install dalam hp atau laptop.

Banyak sebenarnya template menarik sedia ada yang boleh kita ubahsuai untuk menjadikan poster kita nampak menarik seolah-olah pakar yang buat ...


Ini peserta yang join bengkel semalam.. ramai juga cikgu-cikgu yang join, boleh lah dapat mata kursus untuk PLC nanti.


Haa...ni dia hasil keras tangan Cikgu Lenny... macam pro tak? 
Ada tak orang nak belajar buat poster gini... 


Poster ni pula Cikgu Lenny buat ad-hoc je lepas subuh tadi..., untuk di sebar luas program LIVE YDP MGKK Negeri Terengganu bersama Terengganu FM sekejap lagi... Nanti sama-sama lah kita dengarkan perkongsian beliau ya...


Haa... poster terakhir ni kira Cikgu Lenny dah pandai sikit lar nak editkan hi hi... 
Macam pepatah omputih tu... "Practice... make perfect..."...

Ok gais... duduk rumah tu..jangan duduk saja ye..boleh lah buat latihan matematik ke, latihan sejarah ke..yang penting penuhkan masa dengan aktiviti yang bermanfaat tau... elak kan...asyik tidur je kat rumah tu..mentang-mentanglah bulan puasa kan..hi hi... 

Simpan di sini ya kenangan belajar apps CANVA semalam tu...

Jumpa lagi... 💖💖💖


#StayAtHome 💌
#KitaJagaKita 💌
#dREAMitBelieveit 💌
#pkp47h 💌

No comments:

Post a Comment